PENGGUNAAN BAHASA YANG BETUL DALAM PENULISAN KARANGAN FAKTA
ANTARA BENTUK BAHASA DAN TATABAHASA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN UNTUK MENGELAKKAN PELAJAR MELAKUKAN KESALAHAN SEMASA MENGARANG.
Bentuk Kesalahan | Salah | Betul |
1. Kesalahan ejaan | Mengalakkan | Menggalakkan |
Menyakinkan | Meyakinkan | |
Mengkagumkan | Mengagumkan | |
Mengenegahkan | Mengetengahkan | |
Mengenepikan | Mengetepikan | |
Makhamah | Mahkamah | |
Kebaikkan | Kebaikan | |
Kebanyakkan | Kebanyakan | |
Kenaikkan | Kenaikan | |
Was-was | waswas | |
Di tubuhkan | Ditubuhkan | |
Disana | Di sana | |
Aturcara | Atur cara | |
Khenduri | Kenduri | |
Ko-kurikulum | Kokurikulum | |
Kadang kala | Kadangkala | |
Barang kali | Barangkali | |
Beristirehat | Beristirahat | |
Rumahtangga | Rumah tangga | |
Resepi | Resipi | |
Tanggung jawab | Tanggungjawab | |
2. Kesalahan penggunaan kata ialah dan adalah | a. Cara belajar yang bijak ialah dengan membina jadual. b. Impian saya adalah ingin menjadi pelajar yang cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum. | a. Cara belajar yang bijak adalah dengan membina jadual. b. Impian saya ialah ingin menjadi pelajar yang cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum. |
3. Kesalahan penggunaan kata ia | Tempat ini menjadi pilihan saya kerana ia memiliki keistimewaan yang tersendiri. | a. Tempat ini menjadi pilihan saya kerana tanah tinggi ini memiliki keistimewaan yang tersendiri. b. Tempat ini menjadi pilihan saya kerana kawasan ini memiliki keistimewaan yang tersendiri. c. Tempat ini menjadi pilihan saya kerana tempat ini memiliki keistimewaan yang tersendiri. |
4. Kesalahan penggunaan kata hubung | Salah satu faktor yang menjadikan negara kita tumpuan pelancong asing ialah kerana negara kita memiliki tempat-tempat pelancongan yang menarik. | Salah satu faktor yang menjadikan negara kita tumpuan pelancong asing ialah negara kita memiliki tempat-tempat pelancongan yang menarik. |
5. Kesalahan penggunaan penanda wacana | Hal ini kerana | Hal ini demikian kerana |
Justeru itu | Oleh itu | |
Oleh kerana itu | Oleh sebab itu/oleh itu | |
Sehubungan itu | Sehubungan dengan itu | |
Selain daripada itu | Selain itu | |
Selain dari itu | Selain itu | |
6. Kesalahan frasa nama | Mini bas | Bas mini |
Goreng pisang | Pisang goreng | |
Tempat meletak kereta | Tempat letak kereta | |
Seni mempertahankan diri | Seni pertahanan diri | |
Pusat membeli-belah | Pusat beli-belah | |
Tapak membuang sampah | Tapak pembuangan sampah | |
7. Kesalahan frasa kerja | Saya perlu melibatkan dalam aktiviti-aktiviti yang mencabar. | Saya perlu melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang mencabar. |
Ibu bapa dapat mengikat kembali ikatan kekeluargaan agar anak-anak tidak berasa tersisih. | Ibu bapa dapat mengikat ikatan kekeluargaan kembali agar anak-anak tidak berasa tersisih. | |
Gejala buli menambahkan lagi masalah sedia ada yang sedang dihadapi negara. | Gejala bumi menambahkan masalah sedia ada lagi yang sedang dihadapi negara. | |
Badan Pencegah Rasuah menerima banyak aduan tentang amalan rasuah yang melibatkan kakitangan awam. | a. Badan Pencegah Rasuah banyak menerima aduan tentang amalan rasuah yang melibatkan kakitangan awam. b. Badan Pencegah Rasuah menerima aduan yang banyak tentang amalan rasuah yang melibatkan kakitangan awam. | |
Pihak persatuanmerakamkan setinggi-tinggi penghargaankepada Pengetua kerana sudi merasmikan majlis ini. | Pihak persatuanmerakamkan penghargaan setinggi-tingginya kepada Pengetua kerana sudi merasmikan majlis ini. | |
8. Kesalahan frasa adjektif | Tempat itu merupakan tempat yang terindah sekali di negara kita. | a. Tempat itu merupakan tempat yang terindah di negara kita. b. Tempat itu merupakan tempat yang indah sekali di negara kita. |
9. Kesalahan frasa jamak | Antara maklumat-maklumat... | Antara maklumat... |
Himpunan kata-kata... | Himpunan kata... | |
Longgokan kayu-kayu... | Longgokan kayu... | |
Deretan rumah-rumah... | Deretan rumah... | |
Kebanyakan barang-barang... | Kebanyakan barang... | |
Pelbagai kuih-muih... | Pelbagai kuih... | |
10. Kesalahan penggunaan penjodoh bilangan | Sebuah keluarga | Satu keluarga |
Sebuah mimpi | Suatu mimpi | |
11. Kesalahan kata kerja berapitan diper-...i | Diperolehi Diperbaiki Diperkuasai Diperdalami Diperakui Dipersetujui diperhalusi | Diperoleh Dibaiki Dikuasai Didalami Diakui atau diperakukan Disetujui dihalusi |
12. Kesalahan kata kerja berapitan beR-...-an (jumlah subjek yang banyak) | Lampu-lampu merah bergantungan di dinding. Bintang-bintang bertaburan di langit. Daun-daun kering berguguran di halaman rumah. | Lampu merah bergantungan di dinding. Bintang bertaburan di langit. Daun kering berguguran di halaman rumah. |
13. Kesalahan penggunaan kata kerja berapitan memper-...-i | Memperolehi Memperbaiki Memperkuasai Memperdalami Memperakui Mempersetujui memperhalusi | Memperoleh Membaiki Menguasai Mendalami Mengakui Menyetujui menghalusi |
14. Kesalahan bahasa kerana meninggalkan imbuhan | Ibu bapa lebih pentingkan kerjaya... | Ibu bapa lebih mementingkan kerjaya... |
Pelajar yang kerap timbulkan masalah di sekolah... | Pelajar yang kerap menimbulkan masalah di sekolah... | |
15. Kesalahan penggunaan kata sendi nama | Bersempena dengan kempen ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk melancong dalamnegeri sendiri. | Bersempena dengan kempen ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk melancong di dalam negeri sendiri. |
Sebab itulah Genting Highlands juga digelar "Taman Tema Sekeluarga". | Oleh sebab itulah Genting Highlands juga digelar "Taman Tema Sekeluarga". | |
16. Kesalahan penggunaan ungkapan yang mana dan di mana sebagai kata hubung | Saya telah membaca berita di mana kejayaan anda disiarkan. | Saya telah membaca berita yang menyiarkan kejayaan anda. |
Kejayaan anda itu yang mana saya akan jadikan pendorong untuk menulis cerpen-cerpen yang lain. | Kejayaan anda itu akan saya jadikan pendorong untuk menulis cerpen-cerpen yang lain. | |
17. Kesalahan kerana menggunakan ungkapan ini kerana pada permulaan ayat | Ini kerana masalah itu belum dapat diselesaikan lagi. | Hal ini dikatakan demikian kerana masalah itu belum dapat diselesaikan lagi. |
18. Kesalahan penggunaan ayat pasif | Rencana-rencana itu saya akan bukukan. Kisah itu anda telah riwayatkan dengan jelas. Rumah itu sedang mereka dirikan bersama-sama. | Rencana-rencana itu akan saya bukukan. Kisah itu telah anda riwayatkan dengan jelas. Rumah itu sedang didirikan oleh mereka bersama-sama. |
Kesimpulannya, selain isi mantap yang terdiri daripada ayat judul, ayat huraian, ayat contoh dan ayat penegas, sesebuah wacana penulisan yang bermutu dan cemerlang perlu mengandungi ciri-ciri pengolahan bahasa yang menarik dan berkesan dengan memasukkan unsur-unsur keindahan, kepelbagaian struktur ayat, slogan, peribahasa, dan sebagainya. Wacana penulisan juga perlu memperlihatkan penggunaan bahasa yang baik dan lancar, kosa kata yang luas serta tanda baca yang betul, yakni bebas daripada aspek kesalahan bahasa dalam perenggan yang seimbang dan bersepadu.
Sumber :
Chai Loon Guan, GC BM dan Munsyi Dewan (Bahasa), SMK Methodist, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan.
Sebagai rujukan ejaan dan kesalahan, saya paparkan kesalahan ejaan yang boleh berlaku kepada pelajar semasa mengarang:-
SALAH | BETUL | SALAH | BETUL | |
auto matif audien agreget arithmetik agen (wakil) ampangan aked akitek analisa atlit atnik anggrik baucer bistari bowling buffet bumiputra buroh calun cocok (tusuk) cucuk (sesuai) catit cendiawan cop dasyhat dailog definasi deligasi deraf durhaka efisyen ekur ehsan engzos ekslusif ekspot ekspress emel engkar fadhilat fax faksimili Febuari gembeling / gembeleng | automotif audiens agregat aritmetik ejen (wakil) empangan arked arkitek analisis atlet etnik anggerik baucar bestari boling bufet bumiputera buruh calon cucuk (tusuk) cocok (sesuai) catat cendekiawan cap (cetak) dahsyat dialog definisi delegasi draf derhaka efisien ekor ihsan ekzos eksklusif eksport ekspres e-mel ingkar fadilat faks faksimile Februari gembleng | geraf geharu hajjah hurmat ide idap iktizam impot injin inspekter insuran Insyaallah / Insya Allah istihar istirehat isya justru jeket kampong kapitalisma katun kefeteria komidi komisyen kondaktor konsotium kontrek korum kaptain karenah (ragam) kelender keredhaan kerinting kianat ko-kurikulum kolestrol komersil komplek kontingen lagenda lakun lapuran lebel lencungan leukimia | graf gaharu hajah hormat idea hidap iltizam import enjin inspektor insurans insya- Allah isytihar istirahat isyak justeru jaket kampung kapitalisme kartun kafeteria komedi komisen konduktor konsortium kontrak kuorum kapten kerenah kalendar keredaan keriting khianat kokurikulum kolesterol komersial kompleks kontinjen legenda lakon laporan label lencongan leukemia | |
lojik losyen letrik lojistik maksima manafaat masaalah mee mekanisma mencatit mengenengahkan megenepikan mengujudkan mengwujudkan mentera merbahaya minima munshi nasionalisma odit oditorium optima organisme otomatik otomobil pamir paspot patriotisma pehak pelancung pemerosesan pemilekan pengembala pengemblengan pensil perabut perihatin perlaburan perlancaran perletakan pertunjukkan pesaraan pesiaran plan profession prosidur | logik losen elektrik logistik maksimum manfaat masalah mi mekanisme mencatat mengetengahkan megetepikan mewujudkan mewujudkan mantera berbahaya minimum munsyi nasionalisme audit auditorium optimum organisma automatik automobil pamer pasport patriotisme pihak pelancong pemprosesan pemilikan penggembala penggemblengan pensel perabot prihatin pelaburan pelancaran peletakan pertunjukan persaraan persiaran pelan profesion prosedur | protin pekej pesonal (kakitangan) petrolium platfom profail profesyenal sekala sekelian sekim sessi setor siksa silaturrahim snooker stesyen stokin sunnah sabsidi sanwic selinder skima spesis stem talipon taugeh (sayuran) trampil tulin ugama usek warong vokasyenal yunit | protein pakej personel petroleum platform profil profesional skala sekalian skim sesi stor seksa silaturahim snuker stesen stoking sunah subsidi sandwic silinder skema spesies setem telefon tauge terampil tulen agama usik warung vokasional unit |
KESILAPAN EJAAN (KATA MAJMUK)
SALAH | BETUL | SALAH | BETUL | |
acapkali ada pun adakala andai pun andaikata apa kala apa tah atau pun Aidil-fitri aturcara ambilalih barang kali begitupun belumpun biar pun baikpulih bandaraya cendera mata cahayamata campurtangan empatbelas gambarajah gantirugi garispanduan gunatanah hakmilik hapuskira ibubapa ibupejabat ibusawat isipadu inipun janakuasa jasabaik jawatan kuasa jiwa-mu jualbeli kawalselia kadang kala kemaskini kerapkali keretapi kerja sama kerjatanah kertaskerja kuatkuasa | acap kali adapun ada kala andaipun andai kata apakala apatah ataupun Aidilfitri atur cara ambil alih barangkali begitu pun belum pun biarpun baik pulih bandar raya cenderamata cahaya mata campur tangan empat belas gambar rajah ganti rugi garis panduan guna tanah hak milik hapus kira ibu bapa ibu pejabat ibu sawat isi padu ini pun jana kuasa jasa baik jawatankuasa jiwamu jual beli kawal selia kadangkala kemas kini kerap kali kereta api kerjasama kerja tanah kertas kerja kuat kuasa | lalulintas latarbelakang lebuhraya lagi pun mana pun mana kala merekapun meski pun olah raga papantanda penguatkuasa pengubahmilik pilihanraya pasaraya rekabentuk rekabina ruangniaga samada sebutharga sediada segitiga sekaligus senireka suratcara suratkhabar susunatur susutnilai sediakala selangseli seringkali sesungguh-nya siapa-tah sudahpun sungguh pun temubual temuduga tengahari tuanpunya tukarsyarat telahpun ulangtahun urusetia usahasama walau pun walaubagaimanapun | lalu lintas latar belakang lebuh raya lagipun manapun manakala mereka pun meskipun olahraga papan tanda penguat kuasa pengubah milik pilihan raya pasar raya reka bentuk reka bina ruang niaga sama ada sebut harga sedia ada segi tiga sekali gus seni reka surat cara surat khabar susun atur susut nilai sedia kala selang seli sering kali sesungguhnya siapatah sudah pun sungguhpun temu bual temu duga tengah hari tuan punya tukar syarat telah pun ulang tahun urus setia usaha sama walaupun walau bagaimanapun |
Kesalahan tatabahasa yang sering dilakukan pelajar semasa mengarang, baik dalam binaan ayat, mahupun binaan frasa:-
Salah | Betul |
Ada berbagai barang di kedai itu. | - Ada berbagai-bagai barang di kedai itu. - Ada pelbagai barang di kedai itu. |
Ali dihadiahkan sebuah buku harian. | Ali dihadiahi sebuah buku harian. |
Di antara mereka yang hadir. | Antara mereka yang hadir. |
Tambak Johor terletak antara Johor Bahru dengan Singapura. | Tambak Johor terletak di antara Johor Bahru dengan Singapura. |
Banyak perbezaan di antara bilik Ali dengan bilik Kasim. | Banyak perbezaan antara bilik Ali dengan bilik Kasim. |
Bangunan itu adalah Daya Bumi. | Bangunan itu Daya Bumi. |
Banyak orang datang. | Banyak orang yang datang. |
Berbincang masalah. | Berbincang tentang masalah itu. |
Berdasarkan kepada perkara itu. | Berdasarkan perkara itu. |
Bergantung kepada. | Bergantung pada. |
Berhubung itu. | Berhubung dengan itu. |
Berkait itu. | Berkait dengan itu. |
Berkaitan itu. | Berkaitan dengan itu. |
Bersama. | Bersama-sama. |
Beda. | Beza. |
Bola itu Ali tendang. | Bola itu ditendang (oleh) Ali. |
- Bola itu ditendang oleh saya. - Bola itu saya menendang. | Bola itu saya tendang. |
Buku itu dihadiahi kepada Ahmad. | Buku itu dihadiahkan kepada Ahmad. |
Buku itu dia hantar ke perpustakaan. | Buku itu dihantar ke perpustakaan. |
Buku itu dimasukkan dalam laci. | Buku itu dimasukkan di dalam laci. |
Buku itu disimpan dalam laci. | Buku itu disimpan di dalam laci. |
Di dalam hal itu. | Dalam hal itu. |
Di dalam peperiksaan itu. | Dalam peperiksaan itu. |
Dari Kedah hingga Sabah. | Dari Kedah ke Sabah. |
Dari masa ke semasa. | Dari masa ke masa. |
Dari semasa ke masa. | Dari semasa ke semasa. |
Daripada segi. | Dari segi. |
Dato’ Sri. | Dato’ Seri. |
Datuk Sri. | Datuk Seri. |
Dengan lain perkataan. | Dengan perkataan lain. |
Dalam bilik itu. | Di dalam bilik itu. |
Dia belajar dari pengalaman. | Dia belajar daripada pengalaman. |
Dia datang bila dipanggil. | Dia datang apabila dipanggil. |
- Dia memandang pada saya. - Dia memandang kepada saya. | Dia memandang saya. |
Dia berikan anaknya pelajaran. | Dia memberi anaknya pelajaran. |
Dia berikan saya sebuah buku. | Dia memberi saya sebuah buku. |
Dia memberi buku kepada saya. | Dia memberikan buku kepada saya. |
Dia memberi pelajaran kepada anaknya. | Dia memberi anaknya pelajaran. |
Dia mempelajari daripada pengalamannya. | Dia mempelajari perkara itu daripada pengalamannya. |
Dia memperisterikan Aminah. | Dia memperisteri Aminah. |
Dia memperisteri anaknya dengan anak guru besar. | Dia memperisterikan anaknya dengan anak guru besar. |
Dia menaiki bendera. | Dia menaikkan bendera. |
Dia menceburkan diri di bidang perniagaan. | Dia menceburkan diri dalam bidang perniagaan. |
Dia mengambil apa sahaja. | Dia mengambil apa-apa sahaja. |
Dia menolehkan pandangannya kepada saya. | Dia menolehkan pandangannya pada saya |
Dibincangkan di dalam mesyuarat itu. | Dibincangkan dalam mesyuarat itu. |
Dia merindukan anaknya. | Dia merindui anaknya. |
Jangan memijak rumput. | Jangan pijak rumput. |
Jauhilah daripada dadah. | Jauhilah dadah. |
Berkesanan. | Keberkesanan. |
Kedua belah pihak. | Kedua-dua belah pihak. |
Kepimpinan. | Kepemimpinan. |
Kereta itu melalui di jalan besar. | Kereta itu melalui jalan besar. |
Letaklah di mana yang sesuai. | Letaklah di mana-mana yang sesuai. |
Letaknya antara Kuala Lumpur dengan Kajang. | Letaknya di antara Kuala Lumpur dengan Kajang. |
Maksudnya yang asalnya. | Maksudnya yang asal. |
Melawat ke Eropah. | Melawat Eropah. |
Melihat kepada/pada keindahannya. | Melihat keindahan. |
Membincangkan tentang perkara itu. | Membincangkan perkara itu. |
Menduduki di tempat kedua. | Menduduki tempat kedua. |
Beg itu mengandung. | Beg itu mengandungi. |
Mensiakan tanggungjawab. | Mensia-siakan tanggungjawab. |
Mengunjungi ke Eropah. | Mengunjungi Eropah. |
Mereka memberitahukan saya perkara itu. | Mereka memberitahu saya perkara itu. |
Mereka memberitahu perkara itu kepada saya. | Mereka memberitahukan perkara itu kepada saya. |
Mereka-mereka. | Mereka. |
Oleh kerana itu. | Oleh sebab itu. |
Merujuk kepada surat tuan | Merujuk surat tuan |
Di masa | Pada masa |
Pada pendapatan saya | Pada pendapat saya |
Pada satu hari (bilangan) | Pada suatu hari (tak tentu harinya) |
Para wartawan-wartawan/ para-para wartawan | Para wartawan |
Pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri | Pegawai daripada Jabatan Pendidikan Negeri. |
Pergilah ke mana pun | Pergilah kemana-mana pun. |
Perkara itu ialah benar | Perkara itu adalah benar |
Pilihlah mana yang sesuai | Pilihlah mana-mana yang sesuai |
Ramai orang datang | Ramai orang yang datang |
- Sebahagian wangnya didermakan - Sebahagian dari wangnya didermakan. | Sebahagian daripada wangnya didermakan |
Sehubungan itu | Sehubungan dengan itu |
Selain dari/ daripada itu | Selain itu |
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya | Semoga Allah mencucurkan rahmat ke atas rohnya |
Semoga rohnya dicucurkan rahmat. | Semoga rohnya dicucuri rahmat. |
Seperti yang kita telah katakan. | Seperti yang telah kita katakan. |
Sri. | Seri (cahaya) |
1. Kesalahan dari Segi Kata
Kata Ganti Diri
1. Kata beliau, dia, ia, kami, kita, dan mereka sering digunakan dengan salah.
2. Kata beliau tidaak harus digunakan untuk orang yang tidak dihormati atau kanak-kanak dan binatang. Contoh:
3. Kata dia dan ia tidak boleh digunakan untuk binatang dan benda.
4. Kata kami bererti “ saya dengan dia”. Orang yang diajak bercakap tidak disertakan. Kita bererti “anda dengan saya” atau “anda dengan kami”. Orang yang diajak bercakap disertakan.
5. Kata mereka tidak boleh digunakan untuk benda dan binatang.
6. Kata mereka tidak boleh diulang.
7. Kata ganti ia dan nya tidak boleh digabungkan.
Kata Bilangan
1. Terdapat 6 jenis kata bilangan:
2. Kata bilangan seperti setengah-setengah, tiap-tiap, berbagai-bagai dan kedua-dua tidak boleh disingkatkan.
salah
a. setengah orang
b. tiap murid
c. berbagai warna
d. kedua mempelai
betul
a. setengah-setengah orang
b. tiap-tiap murid
c. berbagai-bagai warna
d. kedua-dua mempelai
3. Kata para tidak boleh diulang.
4. Kata bilangan tentu seperti satu, dua, tiga dan seterusnya tidak boleh didekatkan dengan kata bilangan pecahan seperti suku dan setengah untuk penghitungan.
Penjodoh Bilangan
1. Penjodoh bilangan biasanya digunakan dengan kata bilangan.
2. Tetapi, ada kalanya penjodoh bilangan tidak perlu digunakan.
SALAH | BETUL |
setiap orang murid semua orang pekerja seluruh buah kampung segala ekor binatang sekalian orang peserta para orang guru | setiap murid semua pekerja seluruh kampung segala binatang sekalian peserta para guru |
Kata Sendi
1.Kata sendi yang sering digunakan dengan salah ialah dari dan daripada; di dan pada;
ke dan kepada .
2. Kata dari digunakan untuk tempat dan waktu. Kata daripada digunakan untuk orang,
perbandingan, asal kejadian, benda abstrak, dan untuk menunjukkan keanggotaan.
SALAH | BETUL |
Devi datang daripada Batu Kurau. Saya menunggu Yatie daripada pukul dua. Ely terima surat dari Elyas Saya mendapat pengetahuan yang banyak dari buku yang saya baca. Baju yang dipakai oleh Nadia dibuat dari sutera. Dari 5 ekor anak ayam, hanya seekor yang hidup | Devi datang dari Batu Kurau. Saya menunggu Yatie dari pukul dua. Ely menerima surat daripada Elyas. Saya mendapat pengetahuan yang banyak daripada buku yang saya baca. Baju yang dipakai oleh Nadia dibuat daripada sutera. Daripada 5 ekor anak ayam, hanya seekor yang hidup. |
3. Kata di digunakan untuk tempat sahaja. Kata pada digunakan untuk masa, orang, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu.
Contoh: a. Di musim durian, Zainal mendapat banyak wang. ( salah )
~ Pada musim durian, Zainal mendapat banyak wang. ( betul )
b. Ayu berkebun pada belakang rumah. ( salah )
~ Ayu berkebun di belakang rumah ( betul )
c. Dengan pendapat saya, kerja itu perlu dibereskan. ( salah )
~ Pada pendapat saya, kerja itu perlu dibereskan. ( betul )
d. Buku cerita itu ada dengan Suzie. ( salah )
~ Buku itu ada pada Suzie. ( betul )
4. Kata ke digunakan untuk tempat, masa, dan benda konkrit tidak bernyawa. Kata kepada pula digunakan untuk benda bernyawa.
Contoh:
a. Wang itu diberikan ke Rahmah. ( salah )
- Wang itu diberikan kepada Rahmah. ( betul )
b. Ibu pergi kepada pasar setiap hari. ( salah )
- Ibu pergi ke pasar setiap hari ( betul )
c. Latihan itu akan diadakan dari semasa kepada semasa. ( salah )
- Latihan itu akan diadakan dari semasa ke semasa. ( betul )
Penggunaan Kata Yang Tidak Tepat
1. adakah dan apakah: Adakah digunakan untuk mendapat jawapan ya atau tidak.
Apakah digunakan untuk mendapat jawapan tentang nama binatang, benda dan perbuatan.
SALAH | BETUL |
Apakah benar kata-katamu itu? Apakah dia menangis? Apakah aku bersalah? | Adakah benar kata-katamu itu? Adakah dia menangis? Adakah aku bersalah? |
2. boleh dan dapat : Boleh lebih tepat digunakan dalam hubungan dengan keizinan.
Dapat lebih sesuai digunakan dalam hubungan dengan keupayaan atau kemampuan.
SALAH | BETUL |
Syimir sudah boleh menunggang kuda. Mazni tidak boleh pergi kerana demam. Kami tidak boleh datang kerana hujan. | Syimir sudah dapat menunggang kuda. Mazni tidak dapat pergi kerana demam. Kami tidak dapat datang kerana hujan. |
3. bukan dan tidak: Bukan digunakan apabila frasa nama menjadi predikat.
Tidak digunakan apabila frasa adjektif dan frasa kerja menjadi predikat.
SALAH | BETUL |
Cincin ini bukan cantik. Kami bukan membaca buku. Basikal ini bukan mahal. Saya bukan duduk di situ. | Cincin ini tidak cantik. Kami tidak membaca buku. Basikal ini tidak mahal. Saya tidak duduk di situ. |
4. pedalaman dan pendalaman: Kata pedalaman bererti kawasan yang jauh. Kata pendalaman bererti usaha mendalamkan.
SALAH | BETUL |
Kawasan pendalaman itu akan dimajukan. Beberapa kawasan pendalaman Sarawak sukar dihubungi. Pedalaman dasar Sungai Air Hitam akan dijalankan. | Kawasan pedalaman itu akan dimajukan. Beberapa kawasan pedalaman Sarawak sukar dihubungi. Pendalam Sungai Air Hitam akan dijalankan. |
Kesalahan Dari Segi Frasa
Frasa Nama (Bentuk Jamak dan Hukum DM)
1. Bentuk jamak dapat dinyatakan melalui:
· Pengulangan kata nama seperti: guru-guru, murid-murid, dan sebagainya.
· Penggunaan kata bilangan seperti dua biji guli, semua murid, dan sebagainya.
· Pengulangan kata adjektif seperti baik-baik, rajin-rajin dan sebagainya.
· Penggunaan kata yang mendukung makna jamak seperti rakyat.
2. Jika kata bilangan yang membawa makna jamak digunakan, kata nama yang menyertai kata bilangan itu tidak perlu diulang. Contoh:
· dua biji telur
· semua murid
· para pendidik
· pelbagai acara
· segala haiwan
· sekalian penduduk
· seluruh kawasan
3. Oleh sebab kata adjektif yang diulang sudah membawa makna jamak, maka kata nama tidak perlu diulang. Contoh:
· Lukisan itu cantik-cantik belaka.
· Pakaian di situ mahal-mahal harganya.
· Ayam di situ gemuk-gemuk.
· Pemuda di sini gagah-gagah belaka.
· Gadis di sini cantik-cantik.
· Kuih itu sedap-sedap rasanya.
· Pahlawan Melaka handal-handal nampaknya.
· Murid sekolah ini rajin-rajin belaka.
4. Hukum DM pula ialah hukum tentang menyusun kata-kata untuk membentuk frasa nama dalam ayat:
· D beerti unsur yang diterangkan
· M beerti unsur yang menerangkan
Contoh:
SALAH | BETUL |
lain-lain hal Nani Kedai Roti goreng cempedak Maggi mi tomato sos mini bas mini taman | hal-hal lain Kedai Roti Nani cempedak goring mi Maggi sos tomato bas mini taman mini |
1. Ayat Gabungan
· Ayat gabungan terbentuk daripada dua atau beberapa ayat tunggal yang dihubungkan dengan kata hubung. Contoh:
Nani dan Nora ke perpustakaan.
Nurul bukan saja pandai tetapi juga pemurah.
· Kesalahan dalam pembentukan ayat gabungan berlaku apabila ayat-ayat tunggal yang membentuk ayat gabungan tidak digabungkan dengan betul. Contoh:
SALAH | BETUL |
Mereka akan melancong ke Pulau Tioman atau Pulau Langkawi? Saya tidak pasti sama ada Nani tinggal di Relang atau Jelai. Baik yang kaya atau miskin datang ke rumahnya. Hadiah ini untuk Izzat bukan Hazwan. Jangankan membeli kereta, motosikal pun saya tak mampu. | Mereka akan melancong ke Pulau Tioman atau ke Pulau Langkawi? Saya tidak pasti sama ada Nani tinggal di Relang atau di Jelai. Baik yang kaya atau yang miskin datang ke rumahnya. Hadiah ini untuk Izzat bukan untuk Hazwan. Jangankan membeli kereta, membeli motosikal pun saya tak mampu. |
2. Ayat Pancangan
· Ayat pancangan ialah ayat yang berasal daripada dua ayat tunggal yang salah satunya dipancangkan pada ayat yang satu lagi.Contoh:
a. Kereta Pak Leh itu terbabas.
b.Walaupun miskin keluarga Mak Piah bahagia.
Ayat (a) terbit daripada dua ayat, iaitu:
i. Kereta itu terbabas.ii. Kereta itu kereta Pak Leh.
Ayat (b) terbit daripada dua ayat yang berikut:
i. Keluarga Mak Piah miskinii. Keluarga Mak Piah bahagia.
· Kesalahan dalam pembentukan ayat pancangan berlaku juga apabila unsur penerang dalam ayat tersebut salah strukturnya. Contoh:
SALAH | BETUL |
Rumah itu di atas bukit tidak ada penghuninya. Bangunan itu yang tinggi Menara Maybank. | Rumah di atas bukit itu tidak ada penghuninya. Bangunan yang tinggi itu Menara Maybank. |
· Kesalahan dalam pembentukan ayat pancangan berlaku juga kerana tidak ada kata hubung pancangan yang menghubungkan klausa bawahan dengan klausa utama. Contoh:
SALAH | BETUL |
Kami berdoa kamu berjaya. Semua orang tahu dia anak Pak Hamid. | Kami berdoa agar kamu berjaya. Semua orang tahu bahawa dia anak Pak Hamid. |
3. Ayat tergantung
· Ayat mesti terdiri daripada subjek dan predikat.
· Dalam susunan ayat biasa, letak subjek di depan dan letak predikat di belakang.
Contoh:
Budak itu / menangis.
Farhana / jatuh ke dalam longkang.
· Dalam susunan ayat songsang, letak subjek di belakang dan predikat di depan. Contoh:
Siapakah / gadis itu.
Itulah / teman saya.
· Bentuk ujaran yang tidak mempunyai subjek atau predikat disebut sebagai “ ayat tergantung “
· Ayat tergantung terjadi apabila ujaran itu bermula dengan kata sendi, kata hubung, kata kerja dan kerana penggunaan kata yang salah, dan sebagainya.
SALAH | BETUL |
Di seluruh negara mengalami banjir. Kerana hal itu akan dibincangkan. Dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini. Banyak pelajar lulus dengan baik. Ada pihak membangkang cadangan itu. Dia yang datang kelmarin Mengetahui hal itu saya membatalkan rancangan Kesan kemelesetan ekonomi, pengangguran meningkat. Turut menghadiri majlis itu ialah Menteri Besar. Apakah perlu kita lakukan sekarang? Siapa kata saya berbohong? Peserta-peserta yang lulus saja akan dipilih. Daripada bukti-bukti ini jelas menunjukkan bahawa dia bersalah. Mengikut beliau menyatakan bahawa perompak senjata api sudah itu tumpas. Yang manakah betul? | Seluruh negara mengalami banjir. Hal itu akan dibincangkan. Kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini. Banyak pelajar yang lulus dengan baik. Ada pihak yang membangkang cadangan itu. Dia datang kelmarin. Setelah mengetahui hal itu saya membatalkan rancangan. Sebagai kesan kemelesetan ekonomi, pengangguran meningkat. Yang turut menghadiri majlis itu ialah Menteri Besar. Apakah yang perlu kita lakukan sekarang? Siapakah yang mengatakan bahawa saya berbohong? Peserta-pesert ayng lulus saja yang akan dipilih. Bukti-bukti ini jelas menunjukkan bahawa dia bersalah. Beliau mengatakan bahawa perompak senjata api itu sudah tumpas. Yang manakah yang betul? |
4. Ayat yang Tidak Betul Susunannya
· Kata-kata sahaja belum beerti bahasa jika kata-kata itu tidak tersusun dalam bentuk ayat.
· Apabila kata-kata tidak betul susunannya, maka bentuk bahasa menjadi salah atau tidak baku.
Contoh:
Ini hari Azizah tidak datang.
Buku ini saya tidak mahu membaca.
Yang melukis gambar ini Zainallah.
Yang memukul awak siapakah?
Itu pen dakwat sudah habis.
Nora dan Nani baik berkawan.
Majalah itu saya tidak menyimpannya.
Penanda Wacana | Contoh | Penggunaannya |
Penanda Tambahan | - Selain itu,.. / Tambahan pula,.. - Lagipun,.. / Lebih-lebih lagi,.. - Sekali lagi,.. / Dalam hal ini juga,.. - Bertitik tolak dari situ,.. | - Perenggan isi - Ayat huraian |
Penanda Akibat | - Oleh hal yang demikian,.. / Oleh itu,.. - Sebagai akibatnya,.. - Implikasinya,.. / Kesan daripada itu,.. | - Ayat huraian - Kesan sesuatu |
Penanda Contoh Atau Ilustrasi | - Misalnya,.. / Contohnya,.. / umpamanya,.. - Khususnya,.. / Tamsilanya,.. - Terutamanya,.. - Biar kita mengambil contoh,.. - Yang dimaksudkan ialah.. - Hal ini dapat dilihat melalui.. | - Ayat contoh |
Penanda Keterangan Atau Penjelasan | - Dengan kata lain,.. / Ringkasnya,.. - Tegasnya,.. / Sebenarnya,.. - Hal ini demikian kerana,.. - Secara empirikalnya,.. - Menurut kajian.. | - Ayat huraian - Menegaskan sesuatu |
Penanda Kesimpulan | - Akhirnya,.. / Kesimpulannya,.. - Pada keseluruhannya,.. - Intihanya,.. / Konklusinya,.. - Pendek kata,.. / Sesungguhnya,.. - Jelaslah bahawa.. | - Perenggan penutup |
Penanda Masa / Turutan | - Pertamanya,.. / Keduanya,.. - Berikutnya,.. / Kemudian,.. / Kini,.. - Keesokannya,.. / Pada masa itu, .. - Selepas itu,.. / Seterusnya,.. - Pada ketika itu,.. / Pada masa ini,.. - Selaras dengan itu,.. / Seiring dengan itu,.. - Dewasa ini,.. / Marcapada ini,.. | - Perenggan Isi - Ayat huraian |
Penanda Perbandingan / Alternatif | - Sebagai perbandingan,.. / Ironinya,.. - Sebaliknya,.. / Berbeza dengan.. - Walau bagaimanapun,.. / Namun demikian,.. - Sehubungan dengan itu,.. - Dalam nada yang berbeza,.. | - Perenggan Isi - Ayat Huraian - Membandingkan sesuatu |
Penanda Umum | - Dengan ini,.. / Lazimnya,.. / Kebiasaannya,.. - Ramai berpendapat bahawa.. - Pada hemat saya,.. / Pada pandangan saya,.. | - Ayat Huraian - Ayat Akhir perenggan Isi |
Pendahuluan | Isi | Huraian Isi (sebab) | Huraian Isi (Contoh) | Penegasan Isi | Penutup |
Pada masa ini,.. | Seterusnya,.. | Hal ini demikian kerana.. | Sebagai contohnya,.. | Seharusnya,.. | Konklusinya,.. |
Kini,.. | Selanjutnya,.. | Hal ini berlaku kerana.. | Sebagai misalannya,.. | Oleh itu,.. | Tegasnya,.. |
Baru-baru ini,.. | Antara sebab yang dapat dijelaskan ialah.. | Hal ini terjadi disebabkan oleh.. | Sebagai buktinya,.. | Natijahnya,.. | Akhir kata,.. |
Pada zaman muasir ini,.. | Di sisi itu,.. | Peristiwa ini terjadi kerana.. | Antara kes terbaru wabak.. | Sebagai kesannya,.. | Sebagai intihanya,.. |
Sejak akhir-akhir ini,.. | Di samping itu,.. | Kejadian tidak diundang ini berlaku lantaran.. | Umpamanya,.. | Jelaslah bahawa.. | Sebagai akhir bicara,.. |
Mutakhir ini,.. | Selain itu,.. | Penularan H5N1, iaitu virus berbahaya selsema burung terjadi akibat.. | Menurut Timbalan Perdana Menteri Malaysia, kempen penghayatan Rukun Negara.. | Sebagai impaknya,.. | Kesimpulannya,. |