17 May
KAEDAH PENULISAN ISI DALAM KARANGAN FAKTA.

KAEDAH MENULIS ISI KARANGAN FAKTA 

(Dikhususkan kepada Tingkatan Empat).

KAEDAH PENULISAN ISI KARANGAN

i) Menganalisis soalan

ii) Merangka karangan

iii) Menulis pendahuluan

iv) Menulis perenggan

v) Menulis penutup

vi) Menyemak hasil penulisan.

KAEDAH MERANGKA KARANGAN

i) Kaedah Berpandukan Soalan

ii) Kaedah Kronologi

iii) Kaedah Jalinan kata

iv) Kaedah Kata tanya

v) Kaedah Aristotal

i) KAEDAH BERPANDUKAN SOALAN

Laporan Kecurian.

i)Bilakah anda menyedari kehilangan barang-barang tersebut?

ii)Bilakah tarikh dan masa kejadian tersebut berlaku?

iii)Di manakah rumah anda?

iv)Apakah barang-barang yang dicuri?

v)Berapakah taksiran harga barang-barangyang hilang?

vi)Bagaimanakah pencuri dapat masuk kerumah?

vii)Siapakah orang yang anda syaki.

ii) KAEDAH KRONOLOGI

Pukul 8.00 pagi : Pendaftaran peserta

Pukul 8.30 pagi : Majlis perasmian oleh Tuan Pegawai Daerah.

Pukul 9.00 pagi : Ketibaan Y.A.B Perdana Menteri

Pukul 9.00 pagi : Majlis ucapan bermula

- Ucapan pengerusi majlis- Ucapan pengerusi sambutan

- Ucapan YAB Perdana Menteri

- Penyampaian hadiah.Pukul 11.00 pagi

– Melawat pameran

Pukul 12.00 tgh. – Majlis bersurai

iii) KAEDAH KATA TANYA 

  • Siapa /Di mana
  • Di mana/ Bagaimana
  • Bagaimana /Bila
  • Bila /Apa
  • Apa /Mengapa
  • Mengapa

•Siapakah ahli sains negara yang dimaksudkan?

•Apakah bidang sains yang diceburinya?

•Di manakah dia belajar?

•Bilakah dia dipilih sebagai ahli sains negara?

•Bagaimanakah dia boleh menjadi ahli sains negar?

•Mengapakah beliau dipilih sebagai ahli sains negara?

iv) KAEDAH ARISTOTAL

Tajuk : Kepupusan Haiwan

Definisi :

Apakah yang dikatakan kepupusan haiwan ? Apakah contoh haiwan yang pupus?

Perbandingan :

Apakah perbezaan dan persamaan antara haiwan yang dilindungi dengan haiwan yang tidak dilindungi ?

Perkaitan :

Apakah sebab-sebab kepupusan haiwan? Apakah langkah-langkah yang untuk menangani masalah ini?Apakah masalah yang akan timbul?

Kemungkinan:

Apakah yang mungkin berlaku? Apakah yang tidak mungkin berlaku ?

Bukti :

Apakah yang pernah diperkatakan oleh tokoh-tokoh penting dalam negara dan luar negara tentang perkara ini?

 JENIS-JENIS PENDAHULUAN

i)Pendahuluan jenis definisi

ii)Pendahuluan jenis pendapat

iii)Pendahuluan jenis suasana

iv)Pendahuluan jenis persoalan

v)Pendahuluan jenis peribahasa

vi)Pendahuluan jenis sejarah

vii)Pendahuluan jenis gabungan

Pendahuluan Jenis Definisi

Inflasi Sifar Inflasi ialah kenaikan harga barangan dan perkhidmatan untuk jangka masa yang tertentu. Inflasi tercetus apabila terdapat lebihan permintaan daripada penawaran bagi barangan dan perkhidmatan.Padamasa ini Malaysia mengalami kadar inflasi yang rendah. Kadar inflasi bagi tahun1994 ialah 3.7% dan bagi 11 bulan pertama tahun 1995 kadar menurun kepada 3.5%.

PENDAHULUAN JENIS PENDAPAT

Masalah Disiplin Pelajar Masalah disiplin pelajar dalam kalanganpelajar sekolah timbul lagi. Kali ini ditimbulkan sendiri oleh Menteri Pelajaran.Katanya masalah dan kedudukan disiplin para sekolah dewasa ini berada pada tahap yang membimbangkan. Sehubungan dengan hal itu, beliau menyarankan agar hukuman rotan diadakan semula untuk menghukum mereka yang melanggar disiplin atau melakukan kesalahan jenayah atau salah laku sekolah.

PENDAHULUAN JENIS PERIBAHASA

Semangat Bergotong –royong ‘Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul’, ‘Gunung sama didaki, lurah sama dituruni’, merupakan peribahasa-peribahasa yang sering kita dengar. Tetapi, sejauh manakahkita mengamalkannya dalam kehidupanharian? Peribahasa ini adalah antara peribahasa Melayu yang memberikan mesejyang jelas kepada kita tentang betapa pentingnya semangat bergotong royong,bermuafakat, dan bekerjasama dalam kalangan ahli masyarakat.

PENDAHULUAN JENIS SUASANA

Baru-baru ini kita dikejutkan oleh suatu kes penculikan yang membabitkan seorang murid sekolah menengah. Pelajar berkenaan dilaporkan  hilang kira-kira tujuh hari yang lalu. Dalam satu kejadian yang lain pula, Seorang pelajar sebuah sekolah menengah menumbuk rakannya sehingga pengsan.

PENDAHULUAN JENIS PERSOALAN

Makan di luar seolah-olah sudah menjadi suatu cara hidup bagi kebanyakan penduduk di Malaysia. Hal ini dibuktikan dengan terdapatnya perniagaan makanan dalam bentuk gerai, restoran, atau pusat makanan segera di merata-rata tempat. Mengapakah sesebuah keluarga perlu makan di luar? Adakah ini merupakan suatu tabiat yang perlu? Mungkin ramai yang bersetuju jika kita merumuskan bahawa makan di luar bertujuan untuk mendapatkan perkhidmatan masak, menghidang, dan mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk menjamu selera. Persoalan adakah tabiat ini sesuai dengan masyarakat Malaysia?

PENDAHULUAN JENIS SEJARAH

Era muzik moden yang memasuki abadke-20 menampakkan kemajuan dari segiteknologi pembikinan dan penggunaan muzik.Perkembangan muzik moden selaras dengan kemajuan teknologi elektronik yang menjana rentak, irama dan melodi yang pelbagai, dankemunculan irama baru menjadi ikutan golongan tertentu, seperti rap, techna, alternatif, dan ‘underground’. Era muzik generasi moden ini muncul di Barat dan merebak cepat selari dengan kepantasan kemajuan media massa. Perkembangan muzik di Malaysia tidak dapat lari daripada menerima pengaruh yang kebanyakannya bernilai negatif.

PENDAHULUAN JENIS GABUNGAN

Beberapa orang pemimpin negara pernahberkata bahawa jika orang Malaysia hendakmenjadi bangsa maju, mereka hendaklah ‘berfikiran besar’. Bagi sesetengah orang berfikiran besar bererti berpandangan luas dan terbuka, tidak sempit, tidak kolot dan tidak terikat oleh tradisi. Orang yang berfikiran besar tidak menyibukkan diri dengan hal remeh-temeh dan tidak penting, tetapi memikirkan isu dan masalah, agenda, cita-cita besar, sanggup menghadapi cabaran dan risiko. Dia juga mesti sanggup menerima perubahan.

MENULIS PERENGGAN ISI

Perenggan isi hendaklah sekurang-kurangnya mengandungi EMPAT ayat:

1.Ayat Judul

2.Ayat Huraian

3.Ayat Bukti/Contoh

4.Ayat Pengukuhan/Penegasan isi

•Ayat Judul : Ayat Judul :

- ayat yang mengandungi kata kunci jawapan- ayat yang mengandungi kata kunci jawapanyang menjawab pokok persoalan karangan .yang menjawab pokok persoalan karangan .Ayat judul ini boleh diletakkan pada bahagian. Ayat judul ini boleh diletakkan pada bahagian awal, di tengah atau di hujung sesuatu awal, di tengah atau di hujung sesuatuperenggan. Hal ini bergantung pada huraian perenggan. Hal ini bergantung pada huraian yang dilakukan oleh pelajar yang dilakukan oleh pelajar.

Ayat Huraian Ayat Huraian:

-huraian lanjut terhadap isi utama huraian lanjut terhadap isi utamayang dikemukakan yang bertujuan yang dikemukakan yang bertujuan untuk memberikan penjelasan untuk memberikan penjelasan terhadap perkara yang diperkatakan terhadap perkara yang diperkatakan atau menyokong isi-isi utama.atau menyokong isi-isi utama.

 Ayat Bukti atau ayat contoh: Ayat Bukti atau ayat contoh:

- ayat-ayat yang mengandungi bukti- ayat-ayat yang mengandungi buktiatau contoh yang berkaitan dengan atau contoh yang berkaitan dengan isi yang diperkatakan yangisi yang diperkatakan yangbertujuan untuk memperkuat hujah.bertujuan untuk memperkuat hujah. Bukti dan contoh yang dikemukakanBukti dan contoh yang dikemukakan mestilah bukti-bukti yang sahih danmestilah bukti-bukti yang sahih danbukan bukti-bukti atau contoh-bukan bukti-bukti atau contoh-contoh yang sengaja diada-adakan. contoh yang sengaja diada-adakan.

Bersukan boleh menyihatkan badan seseorang.

(1)Bersukan boleh menyihatkan badanseseorang.

(2)Bahan-bahan kumuh sepertipeluh boleh dirembeskan , seterusnya menjadikan badan sihat dan cergas.

(3)Badanyang sihat akan melahirkan otak yang cerdas.

(4)Rakyat yang sihat dan cerdas akanmenjadikan negara ini lebih produktif danseterusnya akan membawa kepadapembangunan dan kemajuan kepada negaraseperti maksud kata-kata hikmat ‘Rakyat SihatNegara Maju’.

PERENGGAN PENUTUP

Pelajar dikehendaki menulis :

•Pandangan

•Pendapat

•Cadangan

•Kesimpulan

Contoh :

Kesimpulannya, aktiviti bersukan banyak mendatangkan faedah bukan sahaja kepada rakyat malah kepada negara. Oleh hal yang demikian,rakyat digalakkan menyertai kegiatan sukan untukkesihatan ataupun untuk kejayaan negara. Pihakkerajaan pula hendaklah menyediakan kemudahan-kemudahan sukan di seluruh negara supaya setiap anggota masyarakat dapat melibatkan diri dalam kegiatan tersebut. Slogan yang berbunyi ‘Sukan Untuk Semua’ dan ‘Majulah Sukan Untuk Negara’hendaklah dipupuk dalam kalangan rakyat.

AKSESORI KARANGAN

•Penanda wacana

•Peribahasa ( Simpulan Bahasa,Perumpamaan, Bidalan danPepatah )

•Kata-kata hikmat

SUMBER: (https://www.scribd.com/doc/27201888/Teknik-Menjawab-Bm-1-Spm)


CONTOH PENULISAN ISI KARANGAN FAKTA 

Sebagai insan yang sempurna, kita mestilah menghormati golongan orang kurang upaya (OKU). Apakah cara-cara yang dapat kita lakukan untuk menghormati mereka?


Format Karangan Fakta


1. Pengenalan/pendahuluan
2. Isi 1
3. Isi 2
4. Isi 3
5. Isi 4
6. Penutup


T: Menghormati OKU
K: Cara-cara
F: Fakta


Isi
1. Memahami perasaan mereka
2. Membantu mereka
3. Memberi sokongan moral
4. Tidak mendiskriminasikan mereka

Tips membuat karangan:


Pendahuluan:
1. Ayat rangsangan (AR) - Ayat yang berkaitan dengan tema
2. Ayat arahan (AA) - Ayat yang menjawab kunci soalan

Perenggan isi:
1. Ayat isi (AI) - Ayat yang menjawab soalan atau kata kunci
2. Ayat huraian (AH) - Huraian lanjut tentang isi untuk memberikan penjelasan
tentang perkara yang diperkatakan
3. Ayat contoh (AC) - Bukti atau contoh yang berkaitan dengan isi
4. Ayat penegas (AP) - Memberikan penegasan terhadap isi dan huraian

Penutup:
1. Ayat kesimpulan (AK)
2. Ayat penilaian (A pnln)
3. Ayat harapan (A hrpn)
4. Ayat cadangan (A cdgn)
5. Ayat penutup (A pnutp)

Karangan Penuh:

Siapakah golongan orang kurang upaya? (AR) mereka ialah golongan yang cacat seperti cacat mental atau cacat anggota badan yang tertentu (AR). Disebabkan kecacatan, mereka menghadapi masalah untuk meneruskan kehidupan seperti insan sempurna yang lain (AR). Sebagai insan yang sempurna kita mestilah menghormati golongan OKU (AR). Sebenarnya, terdapat pelbagai cara yang dapat kita lakukan untuk menghormati mereka (AA).


Satu daripada cara kita menghormati mereka ialah dengan memahami perasaan mereka (AI). Kita janganlah memandang rendah kepada mereka (AH). Contohnya, kita mestilah mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata yang boleh menyinggung perasaan mereka (AC). Oleh itu, kita mestilah memahami perasaan mereka yang sering merendah diri akibat daripada kekurangan mereka (AP).


Selain itu, kita juga mestilah selalu menghulurkan bantuan yang sewajarnya kepada mereka (AI). Dengan bantuan yang diberikan kepada mereka, mereka akan dapat menjalankan kehidupan seharian seperti orang lain (AH). Sebagai contoh, kita boleh menolong mereka dengan memberi pertolongan kewangan atau khidmat nasihat dan sebagainya (AC). Tegasnya, kita mestilah siap sedia memberikan pertolongan kepada mereka agar kehidupan mereka lebih sempurna (AP).


Di samping itu, kita perlu memberi sokongan moral kepada mereka (AI). Sokongan moral lebih penting berbanding dengan pertolongan kewangan (AH). Sebagai contoh, kita hendaklah meransang mereka bahawa mereka mampu berdikari walaupun cacat (AC). Tegasnya, dengan sokongan moral yang kita berikan, mereka akan lebih yakin untuk menghadapi cabaran hidup (AP).


Seterusnya, kita sebagai insan sempurna tidak boleh mendiskriminasikan mereka (AI). Kita mestilah mengiktiraf mereka sebagai ciptaan Tuhan seperti kita juga (AH). Contohnya, kita janganlah membezakan-bezakan mereka dengan orang yang sempurna (AC). Tegasnya, kita harus bersikap adil terhadap mereka (AP).


Kesimpulannya, sebagai insan sempurna kita perlu menghormati mereka (AK). Janganlah kita menyebabkan mereka rasa tersisih (Ahrpn). Kita perlulah sama-sama memberikan bantuan kepada mereka (A cdgn). Dengan menghormati dan memahami mereka, kehidupan mereka akan lebih sempurna dan bahagia (A pnutp).


Dikhususkan kepada Tingkatan Empat

Formula penulisan isi karangan fakta.

PENDAHULUAN ( anggaran 70 patah perkataan )

Pendahuluan = PU/DEFINISI + AH + AC + AA

Penyataan Umum (PU) / Definisi

·        Terdiri daripada satu ayat sahaja.

·        Ditulis berdasarkan tajuk.

Ayat Huraian (AH)

·        Terdiri daripada satu hingga tiga ayat.

·        AH1 : Senario / perkembangan isu yang dibincangkan pada masa ini.

·        AH2 : Faktor / Kepentingan / Kesan kepada individu / keluarga / masyarakat / negara (bergantung kepada dimensi soalan).

·        AH3 : Kesinambungan daripada ayat huraian 2 dan boleh menggunakan formula 5W 1H 1I / MASSBBD (Mengapa, Apa, Siapa, Sekiranya, Bagaimana, Bila, Di mana)

Ayat Contoh (AC)

·        Anda boleh memberikan satu atau melebihi satu contoh.

·        Pastikan contoh yang diberi sesuai dan relevan dengan keadaan dan bertepatan dengan kehendak soalan.

Ayat Arah (AA)

·        Menyatakan pendirian anda sama ada bersetuju atau tidak dengan soalan secara umum.

·        Perlu menyatakan fokus arahan yang diberikan.

·        Anda boleh menulis dalam bentuk ayat penyata atau ayat tanya bergantung kepada kreativiti anda.

Peringatan :

·        Baca arahan dengan teliti dan gariskan kata kunci dan fokus arahan.

·        Jangan sesekali memasukkan isi dalam perenggan pendahuluan.

·        Tidak perlu menyatakan isi utama dalam ayat arah.

ISI ( anggaran 80 patah perkataan X 5 ISI = 400 patah perkataan )


PENUTUP ( anggaran 70 patah perkataan )

Penutup  = AK + AC + AH

Ayat Kesimpulan (AK)

·        Terdiri daripada satu hingga dua ayat .

·        Merumuskan keseluruhan karangan.

·        Tidak menyenaraikan isi yang telah ditulis dalam perenggan isi (dikira salah).  

Ayat Cadangan (AC)

·        Terdiri daripada satu hingga dua ayat.

·        Memberi cadangan yang relevan dan mengaitkan dimensi dengan fokus arahan yang diberikan.

·        Tidak memerlukan huraian panjang.

Ayat Harapan (AH)

·        Menyatakan harapan sekiranya cadangan yang diberikan dalam AC diguna pakai dalam usaha menangani isu yang dibincangkan.

·        Menggunakan kata hubung agar / supaya / demi untuk menyambungkan AC dengan AC.

·        Kaitkan dengan dasar-dasar negara atau Wawasan 2020.

Peringatan :

·        Jangan memasukkan isi dalam kesimpulan.

·        Perenggan kesimpulan haruslah seimbang dengan perenggan pendahuluan.

·        Mesti memasukkan ayat cadangan dan harapan.

Kelebihan menggunakan formula dalam aktiviti mengarang

1.   Karangan menjadi panjang dan memenuhi arahan soalan.

2.   Murid tidak membuang masa memikirkan perkara yang hendak ditulis.

3.   Hala tuju karangan jelas dan tidak terkeluar tajuk.

4.   Perenggan yang seimbang dan sekata.

5.   Komponen karangan lengkap – ada pendahuluan, perenggan isi yang jelas, dan kesimpulan.

Contoh penulisan menggunakan formula

FOKUS ARAHAN : LANGKAH-LANGKAH MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA                                    

PENDAHULUAN = PU + AH + AC + AA

'Bahasa jiwa bangsa', itulah frasa yang paling sesuai untuk melambangkan signifikan sesuatu bahasa kepada bangsa-bangsa di Malaysia (PU). Pelbagai polemik telah dibangkitkan sejak akhir-akhir ini bagi membicarakan identiti bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan bagi sebuah rumpun bernama Malaysia (AH). Bahasa Malaysia telah diadaptasikan daripada frasa asal 'Bahasa Melayu' yang disifatkan berjiwa perkauman sekaligus tidak relevan dengan gagasan 1Malaysia (AC). Namun begitu, apakah inisiatif yang perlu diimplementasikan demi memartabatkan bahasa Malaysia dalam kalangan masyarakat? (AA)

(67 patah perkataan)

ISI  = AT + AH + AC + AP

  Langkah pragmatik yang patut diambil termasuklah menggesa semua urusan rasmi di semua jabatan kerajaan diimplimentasikan dalam bahasa ibunda (AT). Mutakhir ini, jabatan-jabatan kerajaan lebih cenderung memilih bahasa Inggeris yang dianggap berdarjat tinggi berbanding bahasa Malaysia untuk digunakan dalam urusan syarikat mereka (AH) tamsilnya dalam mesyuarat yang diadakan (AC). Sifat nafsi yang menggunung dalam jiwa mereka wajar diibaratkan seperti kacang lupakan kulit kerana mereka persis mengenepikan sebuah bahasa yang telah mendewasakan pemikiran mereka. Oleh itu, pihak-pihak ini haruslah menjaga seterusnya memartabatkan bahasa Malaysia supaya tidak hilang ditelan zaman.

(82 patah perkataan)

PENUTUP = AK + AC + AH

  Konklusinya, semua pihak haruslah menggembleng tenaga untuk meledakkan darjat bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi dalam semua urusan harian, selain status utamanya sebagai bahasa kebangsaan (AK). Janganlah kita menjadi manusia yang khusyuk menyelami sungai pemodenan dengan mementingkan bahasa asing sebaliknya menidakkan kebolehan bahasa Malaysia untuk membawa kita ke mata dunia. Pepatah Melayu ada menyebut, “yang kurik itu kendi, yang merah itu saga, yang baik itu budi, yang indah itu bahasa” (AC). Oleh hal yang demikian, marilah kita berpijak di bumi yang nyata dengan menjaga bahasa kebangsaan supaya kekal nirmala dan 'tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas' (AH).

(73 patah perkataan)

Pembahagian masa

·        Masa yang dicadangkan untuk menjawab soalan ini ialah 90 minit.

·        Peruntukkan masa yang saya cadangkan adalah seperti berikut:

Strategi
Masa yang dicadangkan

Membaca dan memahami arahan soalan

5 minit

Menyediakan rangka karangan

10 minit

Mengarang

55 minit

Menyemak

10 minit

Menyemak dan menyusun jawapan

10 minit

Jumlah masa

90 minit

PENILAIAN

Ciri-ciri Karangan Cemerlang

Sesebuah karangan yang cemerlang harus memenuhi kriteria-kriteria yang berikut :

·        Sekurangnya-kurangnya menuis dua ungkapan menarik seperti peribahasa, hadis, cogan kata, kata-kata orang ternama, pantun dan seumpamanya.

·        Sekurang-kurangnya terdapat dua variasi ayat seperti ayat tanya, ayat majuk, ayat aktif, ayat pasif dan seumpamanya.

·        Sekurang-kurangnya terdapat dua kosa kata berdarjat tinggi seperti macapada ini, anjakan paradigma, menggembleng sinergi dan sebagainya.

·        Karangan mesti ditulis berselang sebaris antara perenggan.

·        Lima perenggan isi mesti terdiri daripada isi pokok, huraian, contoh dan penegas.

·        Setiap ayat yang ditulis mesti mempunyai subjek dan predikat yang lengkap.

Aspek yang Dinilai

·        Pelbagai jenis kata yang luas dan tepat.

·        Pelbagai ayat majmuk yang gramatis.

·        Laras bahasa sesuai.

·        Kosa kata luas dan tepat.

·        Idea relevan, huraian jelas dan matang, contoh yang sesuai.

·        Pengolahan menarik dan berkesan, pemerengganan sesuai danseimbang.

·        Wacana lengkap, ada kesinambungan idea yang jelas antara perenggan.

·        Unsur bahasa bervariasi.

·        Gaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan menarik seperti peribahasa dan sebagainya.

Kelemahan Calon

·        Gagal mengarang mengikut jumlah kata yang dikehendaki.

·        Mampu menulis tujuh perenggan tetapi setiap perenggan tidak seimbang.

·        Calon menggunakan peribahasa yang tidak sesuai.

·        Kosa kata yang digunakan terhad / umum.

·        Memulakan ayat dengan salah – menggunakan itu / ini

·        Idea tidak menunjukkan kematangan calon.

·        Menghuraikan dua isi dalam perenggan yang sama atau satu isi dalam dua perenggan.

·        Calon terlupa menulis ayat penegas/kesimpulan dalam setiap perenggan.

Comments
* The email will not be published on the website.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING