Saya Nursufiza Binti Ismail merupakan pelajar daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris. Saya merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu dan pelajar daripada Fakulti Bahasa dan Komunikasi. Pembangunan Laman Sesawang atau laman web Pengajaran Bahasa Melayu ini bertujuan untuk melengkapkan tugasan kursus major iaitu BMP3093 (Aplikasi Komputer Dalam Pengajaran Bahasa Melayu). Laman sesawang ini juga dapat dijadikan sebagai medium kepada pelajar untuk mempelajari kaedah penulisan isi, bahasa dan pengolahan serta teknik-teknik terbaik dalam membuat karangan fakta. Jutaan penghargaan juga buat pensyarah kursus ini iaitu Dr. Nur Farahkhanna binti Mohd Rusli kerana telah membimbing saya dalam menghasilkan laman sesawang ini.